BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

THIS IS NOT FAKE STUFF...! ! !

THIS IS NOT FAKE STUFF...! ! !
JADILAH DIRI SENDIRI BERBANDING DENGAN MENGIKUT ORANG TAPI MENIPU ORANG LAIN DAN DIRI SENDIRI.

Tuesday, April 9, 2013

HIDUP EXAM KU DI SEMESTER 2

        Pejam celik, dah hampir setahun saya menjadi pelajar universiti di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Itu bererti saya kini berada di hujung semester 2. Buat masa kini pembelajaran saya berjalan dengan lancar, ALHAMDULILLAH dan tiada subjek yang saya repeat. 

        Bermula pada ahad yang lalu iaitu pada (31/3/13) telah bermula final examination untuk semester 2 ini. Jarak antara setiap exam boleh tahan jauh, agak bosan apabila tinggal di kolej ini. Buat masa ini, sudah 3 kertas yang berjaya saya harungi bermula dengan subjek CTU 151 (31/3/13) Ahad, BEL 260 (3/4/13) Selasa, dan VCL 155 (7/4/13) Ahad. Hanya tinggal satu sahaja lagi kertas untuk ditempuhi iaitu subjek PDT 160 (14/4/13) Ahad ini. Harap me boleh menjawab dengan tenang dengan isi yang ringkas tapi padat. Doakan kejayaan Zack okay semua. hehe... Bosan menunggu sebab jarak antara exam yang terlalu jauh. 

        Selepas exam ini nak kene fikir mengenai nak kerja dimana pula unutk buat sedikit income di semester 3 nanti. Ingat nak bekerja di Pavililion Kuala Lumpur, tapi jauh juga dari rumah dan memerlukan kenderaan. Takkan nak minta dekat parent kot? Me tak suka meminta dari parent, lebih berminat untuk membeli dengan sendiri. Tapi perlukan kerja yang gaji RM7/Sejam dimana ek? Pening kepala memikirnya. Nak beli laptop baru lagi, hehe... Macbook Pro lah kan, takkan nak pakai lappy jenama lain pula? Macbook lama dah jual, sebab tu Zack jarang update sekarang.

        Satu cerita lagi, paling sedih. Tahun ini memang tak sambut birthday langsung. Hadiah pun dah tak dapat, semua orang dan kengkawan dah berlagak. nak buat macam mana kan? ngeee~ So pada (24/3/13) hari tu, Zack just habiskan masa dengan tidur di dalam bilik tanpa keluar kemana. Petang keluar pun pergi makan, sebab perut lapar. hmmm... Paling tak sangka dapat lolipop besar dari somone, terharu gilewr!!! dengan sticky note yang dia tulis tu "Biar Murah, Asalkan Ikhlas". hehe. Thanks to si pemberi. (Biarlah Rahsia)