BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

THIS IS NOT FAKE STUFF...! ! !

THIS IS NOT FAKE STUFF...! ! !
JADILAH DIRI SENDIRI BERBANDING DENGAN MENGIKUT ORANG TAPI MENIPU ORANG LAIN DAN DIRI SENDIRI.

Saturday, March 23, 2013

Hari sudah 23 March 2013. So, its mean umurku sudah 18 tahun 364 hari, tinggal sehari sahaja lagi sebelum umurku kian genap 19 tahun. Tapi aku tidak dapat pulang ke rumah pada minggu in, kerana aku terperangkap dengan aktivit kolej kediaman aku, terpaksalah aku hadirinya sebab aku perlukan kupon aktiviti kolej supaya aku dapat tinggal di kolej lagi untuk semester depan. Sebenarnya kupon aku dah cukup 5, tapi saja nak bagi lebih lagi. Macam mana lah aku nak balik rumah kan? Kalau tak mesti boleh celebrate dengan family, tapi family aku balik kampung this week. Kalau balik rumah pun bukan ada sesiapa. hmm... *sedihnya hati ini*

Nak sambut dengan siapalah kali nie, girlfriends pun takda, sebab single. Ini tahun kedua aku sambut birthday sebagai seorang yang single. Adakah orang nak wish aku? Dapat call free nak call siapa? >_<

Apa-apa pun, 24 March 2013 ini aku akan tetap menjadi 19 tahun, harap aku akan semakin berfikiran matang dan tidak mengulangi segala kesilapan aku. Biasalah aku juga salah seorang remaja yang tinggal di sekitar ibu kota di Sungai Buloh, Shah Alam, KL itu kira macam tempat permainan masa kecil saja (Playground).

p/s: my mum ada suruh balik this week, tapi aku tak contact pun. its okay because my mum always memahami saya. hehe. I LOVE MUM <3 <3 <3 mmmuuuaaahhhhhhhh!!!!!!

Saya Masih Ragu-ragu. :)

Dah seminggu rupanya aku dah buka jahitan dikepala ini yang disebabkan terhantuk ara/sculpture di fakulti semasa melakukan tugasan assignment. Tapi walaupun dah hampir seminggu buka, aku masih lagi takut untuk menyentuhnya ataupun menggosoknya dalam pelbagai situasi termasuklah ketika mandi dan bershampoo. Hanya menyentuhnya dengan lemah lembut. hehe. Lepas itu, aku masih belum check lagi saman dekat polis bantuan UiTM Shah Alam. Saman sebab membe aku hantar aku naik motor masa terhantuk, kepala berdarah-darah, so tak perlu pakai helmet. tapi kene than juga dengan polis bantuan dan masih ambil tindakan. Tak tahu apa masalah dengan dia, agak-agak dia ada masalah otak kot kan? tak boleh berfikir. Cerita dekat parents aku kepala berdarah tapi still kene saman, tak puas hati juga family aku dengar. haiisssshhhhh!!!!!

Tuesday, March 19, 2013

Rasa Sekejap Sahaja Semester Ini

Pejam celik Pejam celik, sekejap sahaja dah nak habis semester ini. Rasa macam baru masuk sahaja, mana tak nyerrr... banyak sangat cuti untuk semester ini. Sebab itulah banyak rasa sekeja jew. Paling takut untuk semester ini ialah untuk subjek BEL 260. Markah untuk Listening dan Speaking boleh dikatakan menghampakan, hanya sekadar dapat separuh dari markah sebenar. Apa-apa pun harap korang boleh beri sokongan dan berdoa untuk saya. :"(

Tips Untuk Menggelak Dari Ditipu Membeli Blackberry



Memandangkan Blackberry tengah hot jadi banyaklah penipuan dilakukan untuk mandapat keuntungan. Aku sebagai pengguna BB rasa bertanggungjawab untuk kongsi tips bersama anda semua supaya tidak ditipu. Kurang pengetahuan tentang Blackberry bagi mereka yang baru pertama kali nak beli Blackberry adalah golongan yang paling banyak ditipu oleh cina-cina sungai wang.

1. Jangan beli Blackberry AP set.
Penjual-penjual Blackberry ni dengan mulut manis selalunya akan cadangkan kita membeli Blackberry AP set. Mereka akan yakinkan kita dengan membandingkan antara AP set dan Brightstar tiada beza kecuali warranty sahaja lain sambil cuba meyakinkan lagi dengan mengatakan Blackberry AP set ini adalah Blackberry baru dan harga AP set lebih murah dari Blackberry Brightstar dalam RM50-200. PERHATIAN kepada anda semua jangan sesekali terpedaya dengan cakap-cakap penjual, AP set yang kebanyakkan di Malaysia ni sebenarnya adalah set Recon. Apa itu recon? Recon adalah barang terpakai yang diperbaharui semula. Kalau ikutkan AP set ni memang seperti yang dikatakan penjual iaitu warranty saja beza dari Brightstar tapi  bila set recon pun mereka kata itu adalah AP set ini dah jadi satu penipuan. Untuk pengetahuan anda semua Blackberry Recon yang sekarang ni mereka kata AP set sebenarnya adalah Blackberry terpakai dari luar negara atau dalam negara dan digantikan dengan cover baru sebelum dijual semula dengan kotak, nombor siri yang sama ditampal pada kotak dan lengkap segala aksesori pada harga baru. Mungkin anda akan rasa untung kerana dapat berjimat dalam RM50-200 jika membeli AP set tapi sebenarnya anda dah ditipu.

2. Blackberry AP set menggunakan barangan tiruan.
Jika anda membeli Blackberry AP set segalanya adalah barangan tiruan seperti cover tiruan, qwerty keypad tiruan, trackpad tiruan, charger tiruan, bateri tiruan, earphone tiruan dan telefon pula sudah digunakan mungkin ada beberapa kerosakan sama ada sudah dibaiki dengan komponen tiruan atau tidak dibaiki langsung. Segala barang-barang ini cepat rosak dan tak sama kualiti seperti yang original. Jika dikira setiap barangan tiruan ini anda hendak gantikan dengan membeli barangan original secara berasingan sudah pasti boleh mencecah ribuan ringgit. (Jika anda dapat "AP set yang sebenar" tak mengapa kerana ianya original beza cuma warranty)
Perbezaan wayar dan print pada charger tiruan AP set (kiri) dan original Brightstar (kanan)


3. Brightstar Pilihan Yang Tepat
Brighstar adalah pengedar sah Blackberry di Malaysia. Segala aksesori adalah original dan telefon belum digunakan lagi bermakna anda adalah pemilik yang pertama. Walaupun harga mahal sedikit tetapi terjamin 100% baru dan original. Selain itu anda boleh membeli BlackBerry daripada Celcom atau Digi.

4. Jangan Bayar Dahulu
Semasa hendak membeli penjual selalunya meminta bayaran dahulu sebelum mereka mengambil telefon di tempat lain jadi aku nasihatkan selagi telefon tiada depan mata jangan bayar walaupun sesen kerana anda tidak dapat nak periksa untuk pastikan apakah keadaan telefon itu. Sudah bayar jangan harap nak dapat duit balik, yang anda akan dapat cuma alasan bodoh dari mereka saja.

5. Periksa Buyer's Remorse Untuk Pastikan Itu Blackberry Baru Yang Belum Di Gunakan Lagi
Cara-cara untuk periksa bagi OS5 pergi ke Option > Status
Cara untuk periksa bagi OS6 dan OS7 pergi ke Option > Device> Device & Status Information.
Dekat sini memang tak ada tunjuk data usage dan voice usage jadi sila taip BUYR dan segalanya akan terpamir. Tekan satu-satu B U Y R tak perlu tekan serentak huruf-huruf tu.
Update: Masuk sini untuk tengok Cara Periksa BUYR
Paparan untuk OS5 telefon masih belum digunakan lagi data usage dan voice usage masih kosong

Data Usage dan Voice Usage yang sudah digunakan bermakna itu bukan telefon baru

Paparan untuk OS6 

Ok itu saja tips-tips yang paling penting sekali untuk anda semua. Sebenarnya banyak lagi perbezaan yang boleh aku tunjuk antara AP dan Brightstar tapi aku tak larat nak buat tu semua. Ingat pesan aku kalau nak selamat jangan la beli AP set. Aku sekadar berkongsi apa yang aku tahu untuk sama-sama tidak ditipu. Nak beli barang ribu-ribu kenalah hati-hati, duit bukan senang nak cari. Jika anda baru membeli dan berasa tertipu anda bolehlah membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menuntut ganti rugi jika boleh.


p/s: tak semua penjual penipu sebab aku dah pusing satu sungai wang dengan low yatt sebelum buat entri ni saja nak buat research, pada tinjauan aku rata-rata penjual mempertahankan AP set telefon baru yang belum digunakan lagi tapi bila check BUYR terbukti itu telefon recon dan ada yang berterus terang memberitahu bahawa AP set adalah telefon terpakai yang telah diperbaharui semula (recon). AP set telefon lain boleh percaya tapi Blackberry ni banyak tipu sikit so berhati-hati sebelum terkena.