BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

THIS IS NOT FAKE STUFF...! ! !

THIS IS NOT FAKE STUFF...! ! !
JADILAH DIRI SENDIRI BERBANDING DENGAN MENGIKUT ORANG TAPI MENIPU ORANG LAIN DAN DIRI SENDIRI.

Saturday, October 11, 2014

Foto Orang Ditambah Lawak Haram Adalah Ghibah

Hari ini ramai orang mula menyebarkan gambar "lawak haram" walaupun untuk gurauan. Ambil gambar orang kemudian tulis kata2 lawak yang orang tersebut tidak kata sekarang sudah menjadi satu trend dan budaya lebih2 terhadap pemimpin dan ahli2 politik. Trend ini ditiru dari trend Internet dari barat yang menggunakan gambar orang untuk dijadikan meme dan troll. Tapi tahukah anda yang ia sebenarnya adalah ghibah yang menjadi suatu kesalahan dari sudut agama?


Contoh-contoh gambar ghibah yang sering diedit oleh macai-mancai politik.

Pengertian ghibah:

Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam telah menafsirkan makna ghibah dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ­radhiyallahu ‘anhu:

«أتدرون ما الغيبة؟ قالوا: الله ورسوله أعلم،
قال: ذكرك أخاك بما يكره.
قيل: أفرأيت إن كان في أخي ما أقول؟
قال: إن كان فيه ما تقول فقد اغتبته، وإن لم يكن فيه فقد بهته». رواه مسلم.

Baginda bertanya kepada sahabat:

"Adakah kamu tahu apa itu ghibah?”

Mereka berkata: Hanya Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.

Baginda berkata: “Engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya“.

Sahabat bertanya lagi : "Beritahukanlah kepadaku, bagaimana sekiranya ada pada saudaraku itu apa yang aku katakan?" Baginda bersabda:

“Sekiranya ada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu telah mengumpatnya, jika tiada padanya apa yang kamu katakan maka kamu telah memfitnahnya ». (Riwayat Muslim).

*AAM, Makkah. Malam Tarwiyah 1435H.

Stop menyebarkan Gambar yang dibuat dialog sendiri!

Sumber FB Dr. Abu Anas Madani.

Korang benci mana pun orang tu, korang ingat korang dapat pahala ke buat benda ni? Serius, benda2 tu tak lawak langsung. Kalau tak mampu untuk berbincang dan berdiskusi secara matang dan ilmiah, lebih baik diam dari tambah dosa. 


Sumber: http://ohviral.blogspot.com/2014/10/foto-orang-ditambah-lawak-haram-adalah.html#

Friday, August 15, 2014

Seksanya Lelaki Melihat Buah Dada Wanita

Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.

Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?

Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? 

This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there as well as for your safety, pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Lelaki kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya. 

Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." 

Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." 

You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.

Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan?

Sumber:
http://acaiputra.blogspot.com/2014/08/seksanya-lelaki-melihat-buah-dada-wanita.html

Sunday, April 6, 2014

My first motorcycle!!!

Pada hari ini iaitu 6 hb 4 tahun 2014, saya mendapat motorsikal saya sendiri yang dibelikan oleh kedua  orang tua saya. Saya amat bersyukur dan menghargainya. Hadiah ini sebenarnya adalah hadiah untuk hari lahir saya yang ke 20 yang telah lepas pada 24/03/2014. Disamping dikategorikan sebagai hadiah, motor ini juga akan menjadi satu kelebihan dan kemudahan untuk saya semasa berada di universiti untuk ke kelas. Saya tak cerewet dalam pemilihan jenis motorsikal, kerana ia adalah pemberia. Jadi ibu saya yang memilih jenisnya, saya cuma memilih warna apa sahaja. Kalau nak di ikutkan memang nak superbike, senang dan puas hati. Tapi sebagai pelajar, pakai motor besar dilarang dan ditambah maintanance  ya yang agak tinggi. Nanti tak dapat duduk kolej, lagi susah sebab kena menyewa atau berulang dari rumah. Memang dekat, cuma kalau emergency? Saya juga kelam kabut naj ke kelas kan. Hehe. Pape pun thank you mum and dad for this motorcycle. I love you so muchhh!!! Mmmmuuuahhhhh! ;)

Friday, January 3, 2014

My new bb pin!

Siapa yang rajin dan baik hati serta ikhlas boleh lah ambil dan add saya di bb pin yang tertera di bawah. Thank you guys! ;)

Wednesday, January 1, 2014

Selamat tahun baru!

Selamat tinggal 2013, dan selamat datang 2014. Tahun ini saya akan masuk ke usia 20-an, harap pemikiran jadi semakin matang dan dapat menempuhi semua dugaan yang datang dengan tenang dan teratur tanpa ada rasa putus asa atau mengalah! Amin!